KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BINTULU

ISU HARGA RUMAH DI BINTULU

Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap individu yang hidup di dunia ini. Tidak kira di mana manusia berada, pasti rumah akan dijadikan tempat untuk berteduh dan berlindung dari panas siang dan sejuknya malam. Boleh dikatakan jumlah rumah di Malaysia bertambah dengan bertambahnya masa dek kerana populasi rakyat Malaysia yang semakin lama semakin bertambah. Jika jumlah rumah tidak cukup menampung populasi rakyat yang semakin bertambah, maka timbullah pelbagai masalah seperti tiada tempat tinggal dan kenaikan harga rumah.

Perkara inilah yang berlaku di Bintulu, sebuah bandar di Sarawak yang terkenal hasil petroleumnya. Semakin bertambah hari, semakin banyak projek yang akan dibangunkan di sekitar Sarawak ini. Baik projek di MLNG, projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Taman Perindustrian Samalaju dan lain-lain. Secara sifirnya, penambahan projek-projek baru akan meningkatkan jumlah kemasukan pekerja-pekerja baru bagi melaksanakan projek yang dibangunkan. Sudah pasti pekerja yang baru datang ke Bintulu ingin mencari tempat berteduh sementara mereka di sini.

Namun begitu, jumlah rumah yang sedia ada tidak cukup banyak untuk menampung situasi ini. Projek pembangunan rumah baru juga disifatkan baru bermula dan tidak cukup banyak bagi menampung keperluan mereka yang ingin tinggal di sini. Rumah yang dijual pula terlalu mahal di mana harga jualan yang dimaklumkan adalah sekitar RM380,000 ke atas bagi rumah teres tengah dua tingkat. Harga ini tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5 ke 10 tahun dan berpendapatan RM 2000 ke RM 3500 sebulan. Ini kerana, bagi sebuah rumah yang berharga begini, wang pendahuluan yang harus dikeluarkan adalah RM40,000 dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 1900 ke atas bagi pinjaman selawa 30 tahun.

Bagi mereka yang ingin menyewa rumah pula, masalah yang dihadapi adalah harga rumah yang sangat mahal. Bila disebut ‘rumah sewa’, perkara pertama yang menghantui minda adalah harga sewa yang sangat tinggi. Tuan rumah terpaksa menaikkan harga sewa ke RM 1000 dan ke atas sebulan bagi menampung bayaran rumah yang mereka miliki. Rumah yang berharga sewa sedemikian bukanlah dipenuhi perabot, bahkan ada yang kosong dan tiada perabut. Harga sebegini jika dibandingkan dengan Semenanjung amatlah jauh bezanya. Dengan harga RM 1000, rumah teres dua tingkat beserta perabot mampu dimiliki sementara. Rata-rata yang baru mula bekerja di sini mengalami kesulitan untuk mencari rumah sewa. Itu baru cerita berkenaan harga sewa rumah. Harga sewa bilik juga tidak jauh beza masalahnya. RM 300 ke RM 500 merupakan harga ‘standard’ bagi satu bilik di sini. 

Tidak dinafikan isu ini menjadi berita hangat sehingga terpampang di salah sebuah akhbar tempatan. Di dalam berita yang bertajuk “Harga rumah di Bintulu paling mahal di Sarawak”, Menteri Perumahan Sarawak ada menyebutkan beberapa tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi masalah ini. Namun, sehingga kini masalah ini masih berlarutan seolah-olah tiada penghujungnya. Beliau juga ada menyatakan bahawa perkara ini hanya sementara sahaja kerana projek perindustrian yang akan dimajukan masih dalam fasa pembinaan dan ia kembali pada kadar biasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. 

Justeru, kami di Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu ingin mendesak pihak yang berwajib untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dengan kadar segera bagi mengatasi masalah harga rumah yang semakin melambung tinggi ini. Jika harga rumah yang dijual adalah rendah, sudah pasti penyewa tidak akan menaikkan harga sewa rumah sewenang-wenangnya. Pihak kementerian sewajibnya campur tangan dalam urusan menetapkan harga maksimum pada setiap satu jenis rumah yang dimajukan. Jika pihak kementerian hanya menyatakan ini hanya akan berlarutan 2 hingga 4 tahun sahaja, bererti kerajaan Barisan Nasional memang tidak memperdulikan nasib rakyat dan sanggup mengorbankan kehidupan rakyat demi kepentingan projek yang sedia ada. Jelas, keperihatinan kerajaan terhadap pengundi yang mengundi mereka selama ini tidak diendahkan.

Impak atau kesan kenaikan harga rumah ini bukan sahaja terkesan kepada warga bukan Bintulu, bahkan rakyat jati 'vae' atau Bintulu juga merana kerana kesusahan yang mereka hadapi dalam memiliki rumah sendiri. 

Tenaga pengajar juga turut terkesan dengan situasi yang membebankan ini. Bagi warga guru yang datang jauh dari semenanjung dan sanggup berkorban untuk mengajar anak bangsa di Bintulu, pihak Kementerian Pelajaran wajib mengambil perhatian yang secukupnya kepada mereka dengan menjaga kebajikan mereka sebaiknya. Dalam keadaan Bintulu yang kekurangan guru di Sarawak dan masih memerlukan tenaga guru dari Semenanjung, pihak kementerian harus memberi yang terbaik bukan hanya dengan elaun perumahan untuk mereka, bahkan kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu mencadangkan agar dibuat kuarters atau perumahan guru yang mencukupi. Ini penting supaya tenaga pengajar merasa dihargai atas pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa di sini. Jangan dibezakan antara warga Semenanjung dan Sarawak dalam isu ini.

Kita tidak mahu slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang sering dilaungkan kerajaan hanya menjadi omongan kosong dalam keadaan rakyat Bintulu masih dibelenggu dengan masalah-masalah ini.

Zharudin Narudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu
6 Januari 2013

Read More
Posted by Za'im Zaman on Friday, January 11, 2013
1 comments
categories: | edit post

Harakahdaily,28 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Setelah beberapa minggu PAS dan Pakatan Rakyat Sarawak mengutarakan serta mendesak kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan jumlah pemberian royalti petroleum Sarawak daripada 5% kepada 20% masih belum ada lagi tanda pihak pemerintah bersedia untuk meningkat jumlah royalti petroleum tersebut.


“Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN tidak peka dengan kehendak rakyat negeri Sarawak,” kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazu Paijo (gambar).

Tambah mengecewakan, katanya apabila tiada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan BN yang memberikan sokongan secara jelas terhadap tuntutan rakyat untuk menambah peratusan royalti petroleum untuk negeri Sarawak.

Katanya, dengan kadar kemiskinan pada tahap 5.3% dan indeks pembangunan jalan raya yang paling rendah iaitu pada kadar 0.38 menjadi bukti jelas kenapa kadar royalti petroleum untuk negeri Sarawak perlu ditingkatkan.

“Pemuda PAS Negeri Sarawak dengan ini mendesak Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof selaku tunjang Pemuda BN Sarawak untuk menyatakan pendirian beliau selaku pemipin muda BN serta pendirian Pemuda BN sendiri berkenaan tuntutan untuk meningkatkan kadar royalti petroleum Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Tegasnya, Pemuda PAS Negeri Sarawak akan terus membangkitkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menuntut hak yang tidak dipulangkan kepada mereka melalui program-program susulan kebangkitan rakyat di seluruh negeri.

Read More
Posted by Abi Aisyah on Friday, December 28, 2012
0 comments
categories: | edit post

Pembentangan belanjawan 2013 boleh diklasifikasikan sebagai "Lawak Tapi Benar" lantaran kerajaan BN mengumumkan bonus satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam.
Siapa sebenarnya yang cuba diperbodohkan oleh kerajaan BN ini? Belanjawan 2013 yang dibentangkan, namun perbelanjaan 2012 dikira sekali? Sebenarnya penjawat awam hanya akan menerima bonus setengah bulan gaji yang dijanjikan akan diterima pada bulan Januari 2013.
Bagi menampakkan hadiah kepada penjawat awam ini besar, Najib mengumumkan sebulan setengah, tetapi termasuk perbelanjaan kerajaan untuk penjawat awam pada hari raya 2012 yang lalu dan yang akan dibelanjakan pada hujung tahun 2012.
"Anda suka kepada seorang perdana menteri yang cakap berbelit-belit? Tak lain hanya nak tipu orang kampung. Tapi penjawat awam terasa diperbodohkan" Ujar saudara Firdaus, ajk pemuda kawasan.
Mungkin Najib tak kisah penjawat awam sakit hati, penjawat awam hanya berapa orang berbanding dengan orang-orang kampung yang berjaya mereka perdayakan.
"Tepuk dada tanya diri, anda tertipu dan akan terus mengundi mereka? Atau anda akan buktikan dalam pilihanraya nanti yang anda bukanlah orang bodoh yang boleh dipermain-mainkan". Ujarnya lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, September 29, 2012
0 comments
categories: | edit post

Dengan menjadikan pembinaan empangan sebagai alasan, balak dari tapak pembinaan bakun telah dirompak sewenang-wenangnya.

Belumpun turbin penjanaan elektrik Bakun dimanfaatkan sepenuhnya disamping masalah penjualan tenaga elektrik yang mampu dihasilkan, kini timbul pula cadangan membina empangan lain lagi.

Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka.

Mereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ.

Akhirnya, hanya segolongan tertentu yang mengaut keuntungan dan hasil bumi yang tidak ternilai tergadai.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, September 18, 2012
0 comments
categories: | edit post

PAS memandang berat isu penghinaan terhadap agama. Tidak sepatutnya sesiapapun menghina mana-mana agama apatah lagi agama samawi.

Penghasilan sebuah Film pendek Amwrika yang dihasilkan oleh Sam Bacile yang menggambarkan Rasulullah saw sebagai kaki perempuan dan pembawa agama kebencian adalah sesuatu yang sangat melampau.

Gambaran ini merupakan fitnah dan berniat jahat serta menjadikan ia sebagai suatu provokasi tidak dapat diterima apatah lagi ia bercanggahan dengan faktar sebenar. Jika faktar dirujuk kepada ilmuan yang adil tanpa mengira dia islam atau tidak nescaya mereka akan mengatakan ajaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w adalah agama keamanan, keadilan, perdamaian bahkan menghormati serta meletakkan wanita ditempat yang sangat mulia.

Sebagai tanda membantah penghinaan ini, Dewan Pemuda PAS merancang mengadakan "Himpunan Munajat Perdana dan Bantahan terhadap Filem Hina Rasulullah saw"

Dewan Pemuda PAS juga menyeru umat islam mengadakan solat-solat hajat dimasjid-masjid dan surau-surau.

Dewan Pemuda PAS juga merancang untuk mengadakan bantahan kemuncaknya kelak insyaallah himpunan besar - besaran di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat jumaat 21 September ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, September 12, 2012
0 comments
categories: | edit post

Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kaedahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza.

Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh.

Pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu samada dalaman PAS atau Pakatan Rakyat.

Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu.

Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan  benar-benar mengecewakan musuh.

Tindakan ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insyaAllah akan gembira.

Masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan.

Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan
wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana mereka sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh.

Biasa kita dinasihati jangan bersangka buruk pada orang lain.
 
Akan tetapi diingatkan juga agar jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

10 September 2012
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, September 10, 2012
0 comments
categories: | edit post

Siapapun mereka, apapun agama mereka, apapun status mereka, namun bangunan ini tidak langsung selayaknya dipanggil kediaman.

Namun rialitinya, ia didiami. Mengikut maklumat yang diperolehi PAS Kawasan Bintulu, tempat ini didiami oleh seorang wanita dan seorang kanak-kanak yg dianggarkan berusia 3 tahun.

Maklumat ini telah membawa kepada tinjauan para mimpinan dan ahli PAS Kawasan Bintulu. Sewaktu tinjauan dilakukan, tiada orang berada di situ. Tinjauan dekat menunjukkan ia didiami apabila terdapat tempat tidur, tempat mandi, terdapat juga peralatan mandi seperti berus gigi dan pencuci, telur serta pelita. Hanya sebahagian kecil dari bangunan yang masih beratap.

Berdasarkan maklumat suami isteri yang berhenti di situ apabila menyedari kehadiran kami, "mereka ada waktu pagi, tapi mungkin sudah keluar cari kerja atau cari makan".
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, September 7, 2012
1 comments
categories: | edit post

Facebook PAS Bintulu

Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi