PAS Bintulu merakamkan ucapan tahniah kepada sayap pemuda DAP atau lebih dikenali sebagai DAPSY atas penubuhannya secara rasmi di Bintulu.
Bersempena dengan penubuhan secara rasmi DAPSY Bintulu, majlis makan malam telah dianjurkan dan dihadiri oleh para pemuda DAP, pemuda PAS dan wakil PKR. Undangan istimewa dalam majlis tersebut adalah Ketua DAPSY pusat iaitu YB Anthony Loke yang juga ahli parliman Rasah. Turut hadir YB Teo Kok Seong Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Negeri Sembilan dan juga YB Wong King Wei Ahli Dewan Undangan Negeri Pedungan, Sarawak.
Semoga penubuhan secara rasmi DAPSY ini akan merancakkan lagi bakti kepada rakyat dan memperteguhkan lagi hubungan dan jaringan antara Pakatan Rakyat Sarawak khususnya Bintulu.
0 comments