9 Oktober, Bintulu - 18 orang individu yang ditahan di Bintulu oleh pihak polis pada 9 Julai 2011 hadir ke mahkamah Bintulu.

Seawal 8.30 pagi, kelihatan individu-individu yang dituduh telah mula hadir ke perkarangan mahkamah. Turut hadir ke mahkamah pada hari ini adalah YB Cheiw (ADUN Kidurong), YB Ali Biju (YB Kerian), Paul Raja (Ketua Cabang Keadilan Bintulu), Saudara Syarizal (YDP PAS Bintulu) dan ramai lagi.

Setelah penantian selama 1 jam, mereka telah bersetuju untuk bersurai kerana tiada pendakwaan telah dilakukan dan dianggap selesai kerana mahkamah tidak dibuka, tiada kehadiran dari pihak mahkamah mahupun pihak polis sekalipun notis yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan mereka perlu hadir pada 9 Oktober 2011.

"Oleh kerana kita ini rakyat yang setia kepada raja, dan kita menghormati perlembagaan dan undang-undang kita datang sesuai dengan syarat tersebut(bil yang telah dikeluarkan oleh pihak polis)" ujar Paul Raja dalam ucapannya terhadap wartawan.

Penangkapan oleh pihak polis terhadap 18 individu tersebut telah dilakukan secara borong ketika mereka sedang bersarapan pagi pada 9 Julai 2011. Ketakutan melampau pimpinan Barisan Nasional telah membawa penyalahgunaan kuasa terhadap pasukan polis di mana orang awam yang sedang minum telah ditangkap.
Sekalipun mereka sebahagiannya terdiri dari pimpinan Pakatan Rakyat iaitu dari parti PAS, DAP dan Keadilan, namun penagkapan rambang tidak seharusnya berlaku apatah lagi mereka ketika itu sedang minum disebuah kedai.













Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, October 9, 2011
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi