Masalah jalanraya yang berlubang, tidak rata, tidak memiliki bahu jalan dan kapasiti jalanraya yang tidak mampu menampung bilangan kenderaan menyebabkan kesesakan lalulintas dan kemalangan sering berlaku.

Amat malang bagi penduduk Bintulu khususnya dan penduduk Sarawak amnya (terutamanya yang melalui jalan Tatau - Miri) kerana terpaksa mengharungi masalah ini tanpa kepedulian oleh kerajaan yang memerintah (Barisan Nasional). Para pemimpin hanya dilihat sangat mesra dengan rakyat apabila tiba musim pilihan raya, pelbagai janji dan sogokan ditaburkan, namun selepas berakhirnya pilihanraya, para pemimpin kerajaan hanya cenderung mengaut kembali modal yang disogokkan sewaktu musim pilihanraya berlipat kali ganda.

Seorang penduduk ketika ditemu-ramah mengatakan "Hanya apabila tiba musim pilihanraya, anda boleh lihat ada sahaja orang yang akan mengukur jalan, membuat kiraan kenderaan, akan ada jentolak-jentolak sepanjang jalan seolah-olah masalan jalanraya akan diselesaikan, malangnya semua itu lesap apabila tamatnya musim pilihanraya". "Semua tu hanya wayang" tambahnya lagi.

Situasi kesesakan melampau semakin menjadi-jadi terutamanya jika hujan, berlaku kemalangan, kenderaan rosak atau sewaktu pergi dan pulang dari waktu pejabat.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, July 19, 2013
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi