Seringkali kita di Sarawak dimomokkan dengan ungkapan "Kita Orang Sarawak", sehingga kita tidak sempat membuat penilaian dan tiada masa membuat perbandingan. Fikir sebentar untuk membuat keputusan.

Lihat sikap ahli politik yang telah kita berikan undi kepada mereka dalam pilihanraya yang dahulu. Sebaik sahaja mereka menerima berita kemenagan, mereka mula bersikap Bos. Mereka menjadi Tuan kepada kita, sedangkan apabila hampir dengan musim pilihanraya, mereka akan turun mengaku, merekalah sahabat kita.

Kini kita diminta untuk memberikan peluang kepada BN di bawah pimpinan Tok Nan pula. Kerana bimbang dengan kemarahan pengundi akibat kelemahan Najib, perlaksanaan GST, nilai ringgi yang merudum menyebabkan harga komoditi seperti kepapa sawit turut jatuh dan pelbagai lagi, Tok Nan telah menabur pelbagai janji dan pemberian segera.



Credit untuk gambar asal : Azlan Zamhari
 

Haruskah kegagalan Pak Lah sebagai pengganti Dr M, kemudian diteruskan lagi oleh pengganti yang gagal iaitu DS Najib akibat undi dari yang mengundi BN, diulangi dalam pilihanraya Sarawak nanti?

Kegagalan dan kelemahan parti Barisan Nasional, BN adalah kegagalan sistem. Selagi kita memberikan undi kepada Barisan Nasional, kegagalan akan berulang, walaupun tokohnya berubah wajah.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Thursday, March 24, 2016
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi