Bintulu:21 Disember 2009-Diatas dasar cakna kepada masyarakat Bintulu, PKB sekali lagi dengan rasa rendah diri mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru 2010. Banner telah dinaikkan sebagai penghargaan kepada masyarakat Bintulu yang telah banyak menyokong PKB. Banner yang telah dihasilkan kali ini adalah 100% "hand made" sebagai menunjukkan semangat dan perkembangan positif PKB.>>Takbir
Semakin ramai "membuka mata" dan menunjukkan sokongan diatas perkembangan PKB. Diharapkan kedua-dua tahun baru Hijrah dan Masehi kali ini dapat memantapkan lagi PKB di Sarawak umumnya dan di Bintulu Khususnya. Moga-moga dengan sokongan rakyat Bintulu, PKB dapat menjuarai aktiviti kebajikan di Bintulu dan menjadi tempat rujukan dan tempat mengadu rakyat Bintulu.
Risalah Tazkirah bersempena dengan Maal Hijrah juga telah diedarkan sekitar Bintulu dengan harapan kita sama-sama dapat berhijrah menjadi lebih baik dari semalam. Sebagai satu parti yang baru bertapak di Bintulu, sedikit sumbangan ilmu walaupun melalui risalah adalah sangat bermakna, insyaAllah PKB akan berusaha untuk mewujudkan majlis Ilmu secara umum di Bintulu (ceramah etc) sebagai satu realiti>>takbirr
Mari bersama dengan PAS Kawasan Bintulu..KAMEK SAYANG BINTULU!
Takbirr...Hidup-hidup Hidup PAS
lain je tempat nya..bukan kah di simpang medan jaya kamek tgk ada digantung