Kuala Lumpur, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.
Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita "God bukan Allah-IKIM" seperti ayng dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat pengguanaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama " God" atau "Tuhan" adalah tidak tepat
"Ya muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul" jelasnya ketika dihubungi.
Pun begitu, beliau menengaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam
" Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas menEsakan Allah, penggunaan yang menglirukan orang ISlam tidak dibenarkan sama sekali" jelasnya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAs seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.
" Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik ) sebelum ini" jelasnya
Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendii walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita", dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.
Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat
Selain Ustaz Abdul Hadi, Muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomo dan Kemasyarakatan IKIM Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM Md Asham Ahamad
Muzakarah yang dipengerusikan oleh ketua pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusi IKIM yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah Jabatan Usuluddin dan perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md Zain

0 comments