Bintulu,9 Mac: Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu menegaskan bahawa Bintulu akan lebih maju jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak. Beliau berkata sedemikian ketika di tanya tentang masa depan Sarawak jika di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan bahawa rakyat Sarawak boleh melihat perkembangan positif selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor,Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan. Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan perkembangan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Beliau berkata "Kedah sewaktu ditadbir UMNO/BN memperolehi hanya 3-4 juta untuk 1000 hektar tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berjaya mendapat hasil lebih 200% iaitu 16.7 juta, cuba bayangkan hasil balak Sarawak jika Pakatan Rakyat memerintah?Hasilnya pasti lebih banyak kerana Pakatan Rakyat mengamalkan sistem tender terbuka bukannya runding terus seperti BN lakukan.Mereka hanya memikirkan kroni mereka sahaja.Taib Mahmud menguasai hampir keseluruhan projek-projek kerajaan negeri dari sebesar-besar projek hingga sekecil-kecil projek,semuanya milik beliau dan anak beranak"

Beliau menambah " Saya menyeru seluruh rakyat Sarawak agar melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang.Kita perlukan kerajaan yang lebih telus dan ikhlas dalam membantu rakyat.Bukan pemimpin yang mengambil kesempatan ke atas rakyat miskin"

Pakatan Rakyat dijangka akan bersaing dengan BN dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka hujung tahun ini. Baru-baru ini parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah bersepakat agar setiap DUN yang bertanding hanya satu lawan satu.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, March 9, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi