Yang di-Pertua PAS Kawasan Bintulu telah menyarankan agar hubungan Pakatan Rakyat (PR) Bintulu diperkukuhkan. Beliau yang telah berucap ketika mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Kawasan Bintulu menekankan tentang pentingnya hubungan yang kuat dikalangan komponen PR dalam menghadapi pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat. Hubungan ini ujarnya akan memberi kekuatan kepada PR untuk berhadapan dengan BN dalam pilihanraya DUN yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, AJK PAS Kawasan Bintulu telah bersetuju untuk memulakan inisiatif bagi mengeratkan perpaduan yang sememangnya telah sedia terjalin diantara komponen PR Bintulu.

Tambahnya, setiap komponen PR mempunyai kekuatan masing-masing. Kekuatan inilah yang akan digembeleng dan digandingkan bagi mencapai sinergi yang akan mencabar BN yang semakin kehilangan pengaruh dan kepercayaan dikalangan masyarakat setempat. Pemimpin BN, setelah berpuluh tahun memegang kuasa kelihatannya tidak bersungguh-sungguh dalam memperbaiki taraf hidup penduduk Sarawak. Adalah tidak dinafikan bahawa memang ada bantuan dan sumbangan yang ditaburkan BN, akan tetapi semuanya hanyalah sebagai gula-gula atau umpan untuk BN terus berkuasa bagi mengaut lebih banyak habuan untuk mereka dan pihak yang rapat dengan mereka. Katanya lagi, beliau percaya bahawa PR akan mampu untuk membawa satu pembaharuan dalam pilihanraya DUN yang akan datang. Kesatuan dan kerjasama erat diantara komponen PR Bintulu akan meyakinkan rakyat bahawa PR akan mampu untuk menggantikan BN bagi memerintah negeri Sarawak.

PAS Bintulu akan memulakan langkah untuk berperanan sebagai parti komponen PR yang aktif dalam mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara parti komponen PR di Bintulu.

Posted by Abu Zaid on Saturday, March 27, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi