Bintulu,10 Mac: Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu menyuarakan kebimbangannya berikutan penahanan Saudara Mazlan Aliman oleh polis tanpa dikemukakan sebabnya.Beliau berkata "Mazlan Aliman merupakan penggerak generasi muda FELDA untuk menuntut keadilan dan pembelaan masyarakat FELDA,bukannya seorang penjenayah.Tindakan ini tidak lain kerana BN/UMNO terdesak untuk mendapatkan sokongan,mereka ingin menakut-nakutkan orang muda untuk melakukan perubahan.Mereka takut perubahan anak muda merebak ke Sarawak yang akan mengadakan pilihanraya tidak lama lagi".
Hari ini masuk hari kedua Mazlan Aliman ditahan tanpa sebab. Ada dakwaan bahawa beliau ditangkap kerana berceramah di beberapa buah tempat di perkampungan FELDA.KP Bintulu menambah "BN amat takut jika maklumat yang benar sampai kepada rakyat,mereka lebih suka rakyat diperbodohkan melalui media-media mereka seperti TV dan Utusan.Saya menyeru kepada seluruh anak muda Sarawak,jangan bimbang dengan ugutan BN kerana kita mempunyai kuasa,kuasa untuk membuat perubahan.Jangan undi BN lagi".Orang-orang bukan Islam yang berminat menyertai Kelab Penyokong PAS bolehlah menghubungi PAS Kawasan Bintulu melalui emel pasbintulu@gmail.com.
0 comments