Yang di-Pertua PAS Kawasan Bintulu mengingatkan para penyokong dan petugas parti supaya tidak termakan dengan bahan kempen BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu.
"Jika BN sangup untuk menipu dalam berkempen, apakah jaminan bahawa mereka tidak menipu rakyat setelah mendapat kuasa? Kebarangkalian untuk berlaku penipuan yang kedua adalah lebih tinggi. Jika dalam masa berkempen, yang mana tumpuan diberi kepada semua isu dan penipuan yang dibuat pun mereka boleh menipu, apatah lagi setelah semuanya kembali seperti sediakala ketika bahang pilihanraya tidak lagi dirasa. Rakyat kembali kepada aktiviti seharian mereka, dan pada ketika itulah segala perancangan untuk mengaut segala keuntungan dari hasil mahsul negeri dan negara dimanipulasi untuk kepentingan diri dan kaum keluarga serta kroni"
"Kerana itulah PAS meletakkan Islam sebagai asas kepada politik. Mana mungkin seorang yang percaya akan tiba hari akhirat yang akan dibalas segala amal di dunia sanggup untuk menempah seksaan di sana? Bagi PAS, jawatan yang diterima adalah sebagai amanah yang akan dinilai oleh Allah"
Rakyat diseru supaya tidak mempercayai bulat-bulat segala berita yang disampaikan melalui media massa utama. Sebaliknya rakyat disarankan supaya mendapatkan sumber maklumat alternatif.
0 comments