"Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk PAS, PKR, DAP dan SNAP Bintulu bergabung dan membentuk Pakatan Rakyat secara rasminya. Gabungan 4 parti komponen utama ini akan memberikan satu kekuatan kepada Pakatan untuk menghadapi BN dalam pilihanraya DUN Sarawak yang akan datang" ulas Yang diPertua PAS Kawasan Bintulu.


Dalam suasana rakyat yang mahukan perubahan dan ketelusan pentadbiran kerajaan serta kesedaran rakyat tentang "good governance", maka adalah menjadi kewajipan kepada pakatan untuk memberi satu keyakinan kepada rakyat bahawa segala perubahan yang diimpikan hanya boleh dicapai dengan menolak BN dalam pilihanraya akan datang. Penggabungan PAS, PKR, DAP dan SNAP adalah satu jawapan dan penyelesaian kepada kehendak rakyat tersebut.


"Kekuatan Pakatan Rakyat adalah terletak pada kelebihan setiap parti komponen-nya. Kita telah membuktikan kepada rakyat bahawa segala tohmahan BN terhadap pakatan adalah rekaan semata-mata. BN telah mengunakan segala saluran yang ada untuk menafikan kesepaduan pakatan dengan segala perbezaan yang ada, namun kita berjaya menolak segala tohmahan tersebut dengan memfokuskan kepada persamaan yang kita ada, iaitulah untuk menghapuskan kezaliman BN dan ketidakcekapan BN dalam mengurus tadbir pentadbiran negeri dan negara".


Adalah dijangkakan bahawa PAS, PKR, DAP dan SNAP Bintulu akan secara rasminya mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat di peringkat Bintulu dalam masa terdekat. Rakyat Bintulu khasnya pasti akan tertunggu-tunggu berita baik tersebut.

Posted by Abu Zaid on Thursday, April 29, 2010
categories: , edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. pernah baca satu petikan sepertidibawah.

    "PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya Kerajaan pemerintah menukar perlembangaan Negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan pelembagaan Negara,PAS tidak akan menentang. Sebaliknnya Pas akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan keutuhan Negara”

    Setelah saya membaca beberapa kali tetiba datang sejenak pada fikiran , andakah PKR dan DAP atau SNAP mempunyai atau meletakkan islam sebagai wadah perjuangan dalam pelembagaan parti mereka sehingga PAS boleh berkerja sama sekarang sebagai rakan PR.

    Kalau ada rakan pembaca atau tuan punya blog ada copy pelembagaan tersebut, mintak paste kan kat blog. senang untuk saya ajak rakan2 masuk parti PAS. Sekian

     
  3. Abu Zaid Says:
  4. Pakatan PAS bersama dengan DAP, PKR dan SNAP adalah atas dasar untuk menentang kezaliman iaitu untuk mengembalikan hak kepada yang berhak.

    Bukanlah DAP, PKR atau SNAP namanya jika semuanya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, bahkan jika semuanya menjadikan Islam sebagai dasar, maka menjadilah semuanya PAS; kerana hanya PAS sahaja didasari oleh Islam.

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi