Caption is taken from sarawakupdate.com
PAS Kawasan Bintulu menjangkakan bahawa 'trend' pengundi Sibu akan masih sama dengan PRK Hulu Selangor yang lepas; pengundi Bumiputera akan terus mengundi BN.
Walau bagaimanapun, PAS Bintulu akan memastikan bahawa semua pengundi Melayu/Melanau dan Iban akan didekati dan diberi penerangan tentang kepentingan untuk mengekalkan penguasaan kurang 2/3 BN di Dewan Rakyat. Pengundi Melayu/Melanau dan Iban akan diyakinkan bahawa kuasa memilih adalah milik mutlak rakyat dan BN tidak boleh mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan jika mengundi PR. Ugutan-ugutan (jika masih ada) adalah bukti kepada sifat 'kurang ajar' BN dan keangkuhan mereka untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka.
Para pembaca blog PAS Bintulu diseru supaya menyampaikan kepada kaum keluarga dan kenalan yang menjadi pengundi di Sibu supaya memilih PR. Peranan semua amat diharapkan supaya PRK Sibu kali ini akan memberi kejayaan kepada PR.
Kerjasama yang baik diantara parti komponen PR perlu dijelaskan kepada pengundi bahawa kini PAS, PKR dan SNAP bersama-sama dengan DAP akan menentang BN. Permuafakatan ini perlu dilihat sebagai satu bukti akan kesungguhan PR dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
0 comments