PAS Kawasan Bintulu melihat tindakan SPR yang tidak melantik pemantau pilihanraya kecil Sibu sebagai satu langkah ke belakang oleh SPR. Dalam setiap pilihanraya sebelum ini, SPR telah melantik Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) sebagai pemantau tetapi tidak di Hulu Selangor dan akan datang di Sibu.
Dalam usaha memastikan pilihanraya yang bersih dan adil, lantikan pemantau bebas adalah penting. Ia adalah sebagai satu bukti bahawa SPR bersungguh dalam memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih walaupun terdapat perkara meragukan dalam setiap pilihanraya terdahulu dan SPR tetap diragui.
Akan tetapi dengan tidak melantik MAFREL untuk memantau perjalanan pilihanraya dilihat sebagai satu langkah sengaja untuk menutup ketidakadilan dan 'main kotor' dalam pilihanraya kecil Sibu yang akan berlaku pada 16hb Mei nanti.
"Kita merasa ragu dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak SPR. Apakah telah ada rancangan untuk menutup tindakan-tindakan yang mengatasi undang-undang? SPR perlu bersikap profesional dalam memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih. Kita sangat berharap agar SPR tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak seperti seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini" ulas Yang di-Pertua PAS Kawasan Bintulu.
0 comments