YDP PAS Bintulu serta kepimpinannya telah bersama-sama dengan YB Wong Ho Leng, ahli Parlimen Sibu yang telah dipilih dalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini di dalam satu majlis untuk menghargai rakan Pakatan yang telah bertungkus-lumus memastikan kemenangan Pakatan dalam pilihanraya tersebut.
 
YB Wong, dalam ucapannya menyebut bahawa kemenangan Pakatan di Sibu perlu menjadi satu titik mula perubahan suasana politik di Sarawak. Beliau mengharapkan agar lebih ramai lagi ADUN Pakatan akan berada di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk itu beliau menegaskan bahawa kerja-kerja di semua peringkat perlu bermula dari sekarang dan semua parti komponen di semua peringkat perlu menggiatkan usaha menambahkan ahli.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua PKR Bintulu serta kepimpinan PKR yang lain.
 
PAS Bintulu mengucapkan penghargaan kepada DAP yang telah sudi menjemput PAS dalam majlis tersebut.

Posted by Abu Zaid on Saturday, June 19, 2010
categories: edit post

1 Responses to Perjumpaan Pakatan Rakyat Bintulu

  1. Anonymous Says:
  2. Jangan berlengah-lengah lagi. Tubuhkan sekretariat gabungan PKR, PAS dan DAP diperingkat bahagian Bintulu untuk mengembeling sumber-sumber yang ada supaya gerakan menjatuh TAIB di Bintulu lebih meyakinkan.Bintulu harus berani mencuba koordinasi antara parti sebelum berhadapan piliharaya negeri kelak.

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi