
Pakatan Rakyat Bintulu buat julung-julung kalinya telah bersidang dalam satu 'council' pada hari Sabtu 28 Ogos 2010 yang lalu. Antara lainnya, persidangan PR Bintulu merangka strategi untuk menangani segala permasalahan masyarakat setempat dan berdepan dengan serangan-serangan BN.
PAS Bintulu telah menghantar 4 orang wakil ke persidangan tersebut yang akan menjadi acara tetap bulanan PR Bintulu.
YDP PAS Bintulu, Ustaz Nuur Huzaifah ketika berucap mewakili PAS Bintulu telah menyebut tentang kepentingan untuk bergerak dengan sistematik dan tersusun. Kekuatan tidak semata-mata terletak pada bilangan, sebaliknya yang ramai akan mudah ditewaskan oleh yang sedikit bilamana yang ramai tidak menyusun gerakan. Seperti juga PR yang memperjuangkan keadilan akan mudah dikalahkan BN yang melakukan kezaliman jika gerakan PR tidak tersusun.
PAS akan menjadi tuan rumah seterusnya bagi persidangan PR Bintulu Council bulan September.
0 comments