PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Seekor lembu telah ditumbangkan dengan secara bergotong-royong oleh ahli-ahli PAS Bintulu bersama dengan para penyokong dan penduduk Kg.Jepak. Yang di-Pertua PAS Bintulu, Ustaz Huzaifah sendiri turut sama membantu kerja-kerja melapah dan memotong daging untuk agihan.


YDP seterusnya telah mengetuai misi aihan daging korban. Daging tersebut telah diagihkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Kg.Jepak. Para penerima agihan daging korban berasa bersyukur dan bertuah pada Aidiladha kali ini kerana pihak PAS Bintulu telah sudi untuk membantu mereka. Bantuan yang dihulur merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang memang sentiasa dititikberatkan oleh PAS dalam membentuk ummah yang menuju kepada keredhaan Allah.


PAS Bintulu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan jutaan terima kasih kepada para penyokong dan penduduk Kg.Jepak yang telah sudi untuk turut sama membantu. Semoga ibadah korban yang dilakukan ini mendapat ganjaran yang berlipat-ganda dari Allah.

Posted by Abu Zaid on Thursday, November 18, 2010

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi