PAS Bintulu menyatakan rasa kekesalan dengan kenyataan Speaker DUN Sarawak, Dato' Sri Mohd Asfia Awang Nassar yang dilaporkan sebagai berkata, 'mahukan kemajuan, sokong kerajaan'. Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap sempena Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat yang mengumpulkan para nelayan dari Belawai dan Pulau Bruit di Sibu, Jumaat lepas.
Kenyataan rasuah politik dan berbaur ugutan seperti ini tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang Speaker DUN yang seharusnya menunjukkan 'role-model' politik yang seimbang dan telus. PAS Bintulu merasakan pendekatan politik sempit sebegini amat bertentangan dengan etika politik Islam dan menyalahi semangat demokrasi yang menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
Kenyataan rasuah politik dan berbaur ugutan seperti ini tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang Speaker DUN yang seharusnya menunjukkan 'role-model' politik yang seimbang dan telus. PAS Bintulu merasakan pendekatan politik sempit sebegini amat bertentangan dengan etika politik Islam dan menyalahi semangat demokrasi yang menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
Dalam laporan yang sama, beliau mengakui tumpuan kerajaan negeri sekarang hanyalah sekadar untuk meningkatkan sara hidup penduduk Pulau Bruit kerana pulau tersebut sukar dibangunkan. Ini menunjukkan kedangkalan kerajaan negeri dalam memikirkan secara kreatif projek-projek yang berpotensi untuk memajukan masyarakat Bumiputera di sana. PAS Bintulu berasa amat pelik dengan kenyataan 'cakap tak serupa bikin' pemimpin PBB Sarawak yang kononnya bertungkus-lumus berkhidmat untuk rakyat tapi masih di takuk lama dalam mencari idea bernas dalam membangunkan kawasan masing-masing.
Ini ditambah pula dengan laporan penyelewengan dan perampasan tanah penduduk Pulau Bruit oleh syarikat yang mempunyai kaitan dengan 'Thief-Minister' Sarawak sepertimana yang didedahkan oleh laman web, Sarawak Report (Sila layari-http://www.sarawakreport.org/2010/12/corruption-and-abuse-of-power-irrefutable-evidence-against-taib-exclusive/). Persoalannya kenapa syarikat 'Thief-Minister' Sarawak begitu menginginkan tanah-tanah rakyat di Pulau Bruit ini sekiranya benar kenyataan Dato' Sri Mohd Asfia yang Pulau Bruit sukar dibangunkan? PAS Bintulu yakin, pemimpin BN Sarawak hanya akan menjadi 'kreatif' dalam memajukan negeri apabila mereka sudah menempah keuntungan awal dengan menipu rakyat dan membeli tanah rakyat dengan harga murah, lalu digadai kepada tauke-tauke kroni mereka.
Segala pembongkaran penyelewengan dan salah guna kuasa oleh kerajaan negeri ini seharusnya menjadi titik-tolak kepada rakyat Sarawak untuk mengubah kerajaan zalim ini kepada kerajaan yang adil dan mesra rakyat. Sesungguhnya Islam menyuruh mereka yang menjadi pemimpin untuk berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat dan bukan untuk meletakkan kepentingan diri sendiri di tempat tertinggi.
Ubah Sekarang, Selamatkan Sarawak!
PAS Bintulu usah gusar. Orang orang PBB sendiri di Pulau Bruit sudah bergerak untuk mengeluarkan Asfia daripada kawasan itu. Asfia ibarat rusa masuk kampong. Tanya penduduk Pulau Bruit sendiri siapa Asfia sebenarnya. Wahab tahu malah lebih daripada kenal. Asfia patut balik ke Bintulu untuk mengganti talib yang tak berfungsi sebagai wakil rakyat.