PAS Bintulu menyatakan kekesalan dengan tohmahan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Hj Abdul Karim Rahman Hamzah yang memfitnah parti pembangkang sebagai 'lalat' politik. Menurut beliau yang telah menggunakan Majlis Ma'al Hijrah di Kg Tg Apong Asajaya sebagai pentas berpolitik secara sempit, ini adalah kerana pembangkang dikatakan hanya datang ke kampung-kampung ketika pilihanraya sahaja. Sekiranya sikap sebegini dikatakan sebagai 'lalat' politik, PAS Bintulu yakin, label yang sama harus diletakkan kepada majoriti wakil-wakil rakyat BN yang juga hanya turun padang ketika kempen pilihanraya. Sikap 'lalat' yang sama juga dilakukan oleh YB Talib Zulpilip yang hanya sekali-sekala melawat DUN Jepak dan jarang sekali bermesra dengan rakyat.
Sebenarnya, kenyataan KSU yang tidak berasas ini telah lama dibuktikan salah oleh parti-parti Pakatan Rakyat khususnya PAS di Bintulu yang telah dengan proaktif turun padang menjalankan pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di DUN Jepak di samping penubuhan sebuah Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Jepak hasil kutipan dana penyokong PAS di sini. Komitmen jitu PAS Bintulu dalam meningkatkan tahap kesedaran Islam dan pendidikan pengundi di DUN Jepak di samping bantuan kepada golongan miskin dan ibu tunggal di kawasan ini diakui bukan sahaja oleh penyokong PAS tempatan malahan penduduk kampung sendiri.
PAS Bintulu menyeru semua lapisan masyarakat untuk menolak permainan politik fitnah BN yang telah lama menindas rakyat di bawah. Sudah tiba masanya pentadbiran negeri yang kaya hasil-mahsul ini diamanahkan kepada mereka yang adil, jujur, mesra rakyat, cekap dan tidak bertuhankan harta kekayaan.
PAS - Progresif.Adil.Sejahtera
BN pandei bulak rakyat jak!
Pandi lebih aktif daripada YB Talib. Patut engkah ajak Pandi sia.