BINTULU, 9 April - PAS Cawangan Jepak buat pertama kali menempa sejarah apabila mendapat tempat ke-3 di dalam Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Badan Kerajaan sempena Karnival Mesra Belia Sarawak Zon 11 Peringkat DUN N58 Jepak (Kategori Lelaki). Ini adalah kali pertama penyertaan PAS Cawangan Jepak dalam pertandingan futsal. PAS Cawangan Jepak baru berusia tiga minggu sejak penubuhannya dirasmikan semasa Hi-Tea PAS Bintulu bulan lepas.
PAS Kawasan Bintulu mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Jepak atas usaha mereka menarik golongan belia untuk mendekati Islam melalui PAS. Ini berbeza dengan pendekatan PBB dan BN yang menarik golongan muda dan belia dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah seperti pertandingan karaoke, ratu kebaya dan sebagainya. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS adalah wadah yang sesuai dan terbaik untuk belia dan golongan muda untuk berkhidmat kepada masyarakat.
0 comments