Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melalui Ketua Pemudanya Saudara Mohammad Arifiriazul mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet Kerajaan Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan oleh Ketua Menteri (KM), Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 3hb Mei 2011 yang lepas. Kecekapan KM dalam melantik barisan menteri beliau dalam masa kurang sebulan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri. Pemuda PAS Sarawak juga mendoakan agar barisan kabinet negeri ini akan menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin dengan penuh amanah dan berintegriti.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN Sarawak yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda Sarawak. Dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan KM dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda Sarawak dalam membangunkan negeri bertuah ini, malahan, mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan ‘hebat’ mereka kali ini untuk meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan. Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para menteri yang ‘loyalists’ dan ‘yes men’ kepada beliau. Ini sememangnya satu kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya.

Kenyataan KM yang menyebut beliau belum bersedia untuk merombak kabinet negeri adalah satu lagi petanda bahawa janji beliau untuk berundur selepas pilihanraya negeri yang lepas hanyalah gimik politik semata-mata. DPPNS berasa kesal dengan permainan politik kolot KM yang lebih mementingkan kedudukan peribadi beliau sebagai pemimpin tertinggi BN Sarawak tanpa melihat kepada kepentingan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain dalam BN untuk berkhidmat, khususnya dari kalangan pemimpin-pemimpin muda. Bagi Pemuda PAS Sarawak, ini sebenarnya adalah cerminan ketakutan BN Sarawak kepada Kabinet Bayangan PR Sarawak yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berwibawa dan kebanyakannya dari generasi profesional muda Sarawak.

Pemuda PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pejuang rakyat yang bakal beraksi di sidang DUN Sarawak tidak lama lagi. Semoga kepercayaan rakyat kepada kita dan Pakatan Rakyat digunakan sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman selaras dengan ajaran agung Islam. Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak akan terus memberi komitmen yang tertinggi dalam memastikan segala kepentingan rakyat Sarawak dibela dan dipertahankan.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak






Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Thursday, May 5, 2011
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi