BINTULU, 7 Nov: Bersama sama umat Islam seluruh dunia, PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan majlis korban bertempat di Markas PAS Jepak.
Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara para petugas PAS dan penduduk setempat.
Di samping itu, semangat korban yang ditunjukkan para petugas sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.
Tidak terhenti sekadar itu, program diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan aktiviti ceramah kelompok dan jamuan daging korban.
Semoga perjuangan Islam akan berkembang subur dengan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggotanya.
0 comments