Persatuan Penambang Bumiputera Bintulu berharap LSS dengar suara mereka: Zharudin

Posted on November 17, 2011, Thursday
UTAMAKAN PERSATUAN: (dari kanan) Zharudin, Rahim dan Setiausaha PPBB Saruji Ali semasa bercakap kepada media di jeti pangkalan feri motosikal semalam.

BINTULU: Persatuan Penambang Bumiputera Bin­tulu (PPBB) mengharapkan agar suara mereka didengari dan diambil perhatian oleh pihak Lembaga Sungai-sun­gai Sarawak (LSS) supaya operasi perkhidmatan men­gangkut penumpang yang mereka sediakan di Sungai Kemena ke Kampung Jepak di sini berjalan lancar.
Perkhidmatan penambang merupakan satu-satunya mata pencarian utama pengusaha bot penambang yang ada, justeru usaha menambah baik kemudahan pengangkutan di sungai itu amat penting.

Ahli Jawatankuasa merang­kap jurucakap PPBB Zharudin Narudin berkata, pihaknya merupakan satu-satunya per­satuan penambang yang se­kian lama beroperasi di Sungai Kemena dancubauntuk menambah baik kemudahan pengangkutan yang ada.

“Disebabkan itu usaha kami untuk menyediakan sebuah kemudahan feri motosikal bagi menambah jumlah feri yang sedia ada di Sungai Ke­mena perlu diambil perhatian segera oleh LSS.

“Laluan untuk pengusaha bot penambang di sungai bukan mempunyai sempadan dan bukan digazetkan sama ada dari hujung hingga ke muara sungai.

“Semua pihak termasuk kami turut mempunyai hak untuk mengambil dan mem­bawa penumpang,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, mereka agak kecewa kerana permit untuk operasi feri motosikal baru persatuan agak lambat diluluskan.

Zharudin berkata, ahli-ahli persatuan telah berjumpa dengan pihak berkuasa terba­bit dua minggu lalu untuk memohon pemberian permit itu dan dikenakan syarat agar menyusun jadual operasi feri itu tetapi bukan persatuan yang perlu membuatnya.

“Adakah jadual operasi feri dan penambang itu perlu ditentukan oleh individu ter­tentu dan bukan persatuan? Ahli persatuan sendiri turut menolak sekeras-kerasnya jadual operasi yang ditetap­kan iaitu 15 hari untuk feri motosikal dan 15 hari untuk pengusaha bot penambang.

“Kami melihat ia memberi kelebihan kepada individu tertentu dan kuasa monopoli untuk mengaut keuntungan sedangkan perkhidmatan se­benar yang wajar disediakan adalah untuk memberi kemu­dahan yang lebih baik kepada penumpang,” jelasnya dalam sidang media di pangkalan jeti feri motosikal di tebingan Sungai Kemena Taman Sri Dagang semalam.

Melihat perkembangan itu beliau berharap pihak berkuasa lebih mengutamakan keperluan persatuan berband­ing sebaliknya serta perlu mendengar suara majoriti kerana hasil yang diperolehi persatuan adalah keuntungan bersama dengan ahlinya.

“Manakala prosedur dan pemantauan mengenai pen­guatkuasaan permit untuk bot penambang atau feri motosikal perlu lebih menye­luruh dan tindakan tegas perlu diambil terhadap bot penambang atau feri yang tidak mempunyai permit yang sah,” katanya.

Ujarnya, apa yang pihak persatuan inginkan ialah pihak berkuasa menjelaskan mengenai jumlah sebenar permit yang dikeluarkan untuk bot-bot penambang dan feri yang boleh bergerak di sungai Sarawak terutama di Sungai Kemena.

Selain itu katanya, hak pengguna sama ada ingin menggunakan perkhidmatan feri mahupun bot penambang tidak disekat dan ciri-ciri jeti yang tidak selamat serta tidak berbumbung perlu diberi perhatian.

“Soal keselamatan di jeti feri dan ketiadaan jaket kes­elamatan oleh pengusaha feri wajar diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa seperti juga terhadap bot penam­bang,” katanya.

Justeru katanya, usaha membantu persatuan bukan sahaja bermaksud membantu pengusaha bot penambang bahkan seluruh pengguna atau penumpang yang meng­gunakan kemudahan ini.

“Kami ingin menyela­matkan warisan Kampung Jepak kerana jika warisan penambang ini disekat ia boleh menggugat kehidupan harian penduduk yang meng­gunakan pengangkutan sun­gai yang ada,” katanya sambil turut mendakwa mengenai aduan dikemukakan tidak diberikan perhatian dan lay­anan yang sepatutnya.

Sementara itu Pengerusi PPBB Rahim Wahab berkata, insurans dan segala syarat keper­luan untuk sebuah feri motosikal itu beroperasi sudah lengkap disediakan oleh persatuan dan disebabkan itu mereka amat berharap ia akan diluluskan dalam masa terdekat.

Terdapat 31 pengusaha bot penambang berdaftar di bawah PPBB ini. Manakala empat feri motosikal yang sedang beroperasi sekarang merupakan milik individu.

PPBB ditubuhkan pada 1993 dan telah lebih 20 tahun beroperasi di Sungai Ke­mena membawa penumpang menyeberang dari pusat bandar ke Kampung Jepak.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, December 4, 2011
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi