BINTULU, 3 Mac - PKR Bintulu telah menganjurkan majlis makan malam bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sambutan yang membariskan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat Sarawak itu telah memberi isyarat yang jelas bahawa PKR dan Pakatan Rakyat Sarawak mempunyai sokonagn yang padu. "Kita hanya membariskan tokoh-tokoh tempatan, kita telah berjaya mengumpulkan sekitar empat ribu (4000) orang, jika kita jemput tokoh dari pusat, tak mustahil kita boleh cecah tiga kali ganda", ujar AJK Cabang PKR Bintulu.

PAS selaku komponen Pakatan Rakyat telah mewakilkan Ketua Pemuda Kawasan sebagai pemidato. Berpidato dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan Cina, beliau telah menekankan peranan pemuda sebagai agen perubahan. Ucapan yang penuh semangat telah memegunkan seluruh hadirin. "Anak muda yang bekerja dibandar lebih terdedah kepada infomasi, pulanglah ke kampung nanti, terangkanlah kepada orang kampung", ujar belia penuh semangat.

Semoga majlis yang penuh bermakna ini, akan diadakan lagi dalam memastikan perubahan mampu dilakukan dalam PRU-13 nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, March 10, 2012
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi