23 Ogos, - Mohamad Sabu,Timbalan Presiden PAS menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik", ujar beliau.
"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).
"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.
"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.
Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya.
Nota: sumber asal : malaysiakini.com
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments