Beginilah pemimpin Islam yang kita inginkan. Sanggup berhadapan kritikan demi membela Islam. Bukan sekadar pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi hanya bercakap untuk membela Islam apabila didesak.

Pada Khamis , 16-08-2012, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menyerang pengkritik yang mengkritik polisi asing negaranya terhadap negara-negara Islam yang hidup dalam krisis terutamanya Palestin, Syria dan Myanmar.

Erdogan berkata, pembangkang dan nasionalis berhaluan kiri tidak tahu makna “satu bangsa” dan peranan pentingnya terhadap negara-negara komponen tersebut. Beliau menambah, keselamatan dan kesejahteraan Turki adalah berkaitan dengan negara-negara tersebut.

” Sesetengah mereka meminta kami hanya menguruskan masalah dalaman negara kami dan tidak masuk campur urusan negara lain dan menyerah masalah mereka pada takdir”, kata Erdogan semasa majlis Iftar yang dianjurkan oleh Persatuan Sahabat (Friendship Association) di Istanbul pada Ahad lepas.


sumber asal: http://www.palestinkini.info
Published with Blogger-droid v1.7.4

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, August 15, 2012
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi