Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika memberi ucapannya di dalam program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Sarawak pada 2 September lalu menegaskan bahawa PAS akan berlaku adil kepada semua rakyat; tidak mengira apa bangsa dan agama. Ini kerana PAS meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya dan Islam pula meletakkan bahawa keadilan untuk semua adalah asas kepada pemerintahan.

Khusus bagi Sarawak, Tuan Guru melihat kepada permasalahan asas berkaitan pemilikan tanah rakyat yang telah sekian lama membelenggu rakyat Sarawak. Menurutnya, Islam menganjurkan bahawa pemilikan tanah untuk kediaman dan aktiviti ekonomi adalah perkara asas yang perlu diberi keutamaan untuk diselesaikan. Dengan memberi contoh usaha Kerajaan Terengganu ketika diterajui oleh PAS yang telah menambah baik dan mempercepatkan proses urusan pemilikan tanah bagi rakyat Terengganu tanpa mengira agama dan bangsa.

Tuan Guru Abdul Hadi juga telah melancarkan dokumen 12 Tawaran PAS Sarawak. Berikut adalah 12 perkara yang terkandung dalam tawaran tersebut:

1. Suruhanjaya Diraja untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak
2. Kemiskinan sifar tanpa mengira kaum
3. Lebuhraya Trans-Borneo sebagai lebuhraya terbaik di Malaysia
4. SCORE sebagai hab teknologi hijau berinovatif tanpa empangan hidroelektrik
5. Sarawak sebagai agropolitan pengeluar makanan utama Malaysia
6. Jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih untuk semua
7. Capaian sistem pendidikan yang berkualiti untuk semua
8. Capaian sistem kesihatan yang berkualiti untuk semua
9. Mengembalikan hak Sarawak untuk 20% royalti hasil petroleum
10. Tabung Warisan Anak Sarawak
11. Tawaran khas untuk golongan wanita
12. Tawaran khas untuk golongan muda

Posted by Abu Zaid on Monday, September 3, 2012
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi