Seruan Gerakan
Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada 31 Disember ini agar rakyat berhimpun
menyatakan suara hati kesan tindakan kerajaan Barisan Nasional mengurangkan
subsidi, melaksanakan cukai GST dan membenarkan kenaikan tarif oleh
pemegang-pemegang konsesi yang secara langsung menekan kehidupan rakyat telah mendapat tentangan dari beberapa pihak.
Biarpun
pelbagai janji ditabur sebelum pilihanraya umum ke-13 lalu, kini mula terserlah
segala janji dan pemberian sebelum pilihanraya hanyalah gula-gula pilihanraya
semata-mata. Pun begitu, kenaikan kos sarahidup ini disambut berbeza-beza
dikalangan rakyat. Ada yang yang marah, ada yang terasa hampa dan ada juga yang
bersyukur. Penerimaan yang berbeza ini
seharusnya diraikan oleh semua pihak.
Sebagai
negara yang mengambil demokrasi sebagai sistemnya, seharusnya kerajaan tidak
menghalang rakyat dari menyuarakan pendapat dan pandangan mereka selagi ia
masih dalam kerangka demokrasi. "Budaya melaungkan demokrasi hanya ketika
menguntungkan mereka dan menutup demokrasi apabila tidak menguntungkan mereka
amat dikesali dan PAS Bintulu mengecam tindakan tersebut" ujar Saudara Zharudin,
Timbalan YDP PAS Bintulu.
"Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara
Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut
membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata.
Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1)
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai
Hak Awam dan Politik (ICCPR)" tambahnya lagi.
Lebih menghinakan apabila rakyat yang hanya ingin berhimpun
untuk beberapa jam bagi menyuarakan suara hati mereka difitnah kononnya mereka
ingin menggulingkan kerajaan. "Justeru, saya mewakili PAS Bintulu ingin
mencabar kumpulan-kumpulan bersetuju
dengan pengurangan subsidi, perlaksanaan GST dan pelbagai peningkatan kos sara
hidup ini, turut berhimpun menyatakan sokongan mereka terhadap penigkatan kos
sara hidup" cabar beliau.
0 comments