UPDATE : 3 Dis 2013. Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam. Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam. KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang di waktu pagi. KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang. Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter. JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini. Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS telah melancarkan tabung kebajikan bagi membantu keluarga dan individu yang terlibat
0 comments