Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu merasa sangat bersimpati atas perkhabaran kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
    
"Kita sangat bersimpati atas apa yang berlaku, bagi pihak Dewan Pemuda PAS (Kawasan) Bintulu Meminta seluruh ahli PAS mengadakan solat hajat agar diberikan keselamatan kepada semua penumpang dan anak kapal" ujar Saudara Fiderus, Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu.

Beliau turut memaklumkan berkenaan solat hajat perdana kawasan Bintulu akan diadakan pada 9 Mac selepas kuliah Haraki, hasil kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu, Lajnah Tarbiah Kawasan dan Urusan Ulama Kawasan Bintulu.

" Dewan Pemuda Kawasan (Bintulu) turut bersedia menghantar ahli Pemuda dan Anggota Jabatan Amal Kawasan seandainya tenaga sukarelawan diperlukan" tambahnya lagi.

Semoga dikurniakan keselamatan kepada seluruh yang terlibat dan diberikan ketabahan kepada seluruh keluarga yang terlibat.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, March 9, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi