Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014
Pekerjaan Suatu Ibadah

AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA
Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;
“Katakanlah wahai Muhammad, Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud;“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).

KERJA DI KATEGORI SEBAGAI IBADAH
1. Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “ Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat”.

2. Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullah saw bersabda bermaksud; “ Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja”

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “ Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui”.

4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini..

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, April 30, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi