"Itu hudud memang saya sokong", ulas pemandu teksi berbangsa India yang menganut agama Hindu. Perjalananku dari Bukit Bintang ke Lapangan terbang KLIA membuka ruang untukku berbicara panjang dengan pemandu teksi tersebut.

Soalan pertamaku kepada beliau adalah berkenaan pentadbiran Kerajaan Selangor yang disambut dengan kejian dan tohmahan lantaran masalah air yang terpaksa dihadapi dalam jangka waktu yang panjang. Perbicaraan kami seterusnya disambung dengan pujian menggunung kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ini sekaligus memberikan aku suatu anggapan bahawa beliau adalah seorang penyokong tegar BN.

Pandanganku terhadap beliau tiba-tiba berubah lantaran beliau menyatakan menyokong perlaksanaan hukum Hudud (Perundangan Jenayah Islam). "You tengok orang India, orang India bijak dan bagus-bagus, tapi bila sudah minum, semua hancur" terang beliau.
"Kalau you orang baik, kenapa mahu takut?" soalnya. "Hari-hari kita facing (berdepan) dengan pelbagai jenayah, kalau itu hudud tidak buat (dilaksanakan), memang kita susah hati", tambahnya lagi.

Beliau terus bercerita yang beliau memiliki seorang anak perempuan yang kini memikat remaja dan terdedah dengan pelbagai ancaman. Beliau turut bercerita pengalaman yang sangat memalukan apabila disoal oleh seorang pelawat asing. "Pelanggan tu tanya dengan saya, negara Islam apa ni, saya didatangi 2 orang wanita dan terus memegang tangan saya untuk masuk ke kedai mereka sedangkan bersama-sama saya adalah isteri dan anak-anak saya".

Aku memuji beliau kerana beliau memiliki pemikiran yang terbuka dan tidak menyokong secara semberono.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, June 16, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi