Berikut adalah catatan Ucapan Perasmian Penutup AGM Pemuda PAS Kawasan bintulu oleh Saudara Azwani Abd Rani, YDP PAS Kawasan Bintulu.

1. PEMUDA PAS mesti dekatkan diri kepada ALLAH, mohon pertolongan daripada ALLAH. Mesti sabar dengan susah payah yang dihadapi.
2. Pimpinan mestilah tawadu' dan sentiasa bersangka baik dengan ahli pemuda. Kerana mungkin sahaja ahli lebih tinggi keikhlasan mereka.
3. AGM Pemuda PAS Kawasan Bintulu kali ini merupakan AGM yang ke tiga (3), maka jangan rasa putus asa, kerana kita masih baru, teruskan gerak kerja. Biarlah lambat namun perlu strategi, ibarat perlumbaaan antara kura-kura dgn arnab, kura-kura boleh menang.
4. Pemuda mesti ambil kira isu jenayah di Bintulu, dan menjadikannya sebagai fokus untuk masyarakat.
5. Kos hidup di Bintulu agak tinggi dan pemuda antara yg menghadapi isu kos hidup ini. Cadangan wujudkan rumah pemuda adalah cadangan yg baik. 
6. Pemuda perlu memastikan zaujah masing-masing terlibat dengan Muslimat PAS,  sebagai salah satu sumbangan kita. Kepada yang masih bujang mesti ambil kira muslimat sebagai calon isteri, awlawiyatnya adalah orang tempatan.
7. Premis-premis yang ditadbir, meskipun telah teratur dan bersih, namun masih boleh ditingkatkan kebersihanya.
8. Sejauhmana keberkesanan pelaksanaan PESAT, Pelan strategik pemuda negeri utk membantu fokus dan masterplan pemuda?
9. Ikhlaskan diri dalam gerak kerja ini, ketepikan isu lokal & semenanjung kerana sejarah islam telah menunjukkan kepada kita sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w membawa perjuangan awal islam adalah golongan muhajirin, dan disambut oleh ansar.

TAKBIR!!

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, June 29, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi