Selepas medium Aduan Rakyat Bintulu dilancarkan, Skuad Aduan Pengguna PAS Bintulu melakukan satu lagi tinjauan hasil maklumbalas pengguna.
Sememangnya dapat dipuji, terdapatnya taman permainan disediakan hampir setiap taman perumahan di Bintulu. Namun, kewujudan tanpa diselenggara telah menjadi kawasan jerangkap samar yang mampu mencederakan atau lebih parah, mampu membunuh pengguna terutamanya kanak-kanak.
Kerajaan tempatan mahupun pihak berwajib dilihat hanya mengambil peranan memotong rumput tanpa menyelenggara kemudahan yang disediakan dan membiarkan peralatan yang rosak terdedah kepada pengguna.
Kegagalan ini diparahkan lagi dengan sikap "vendelisma" dan ini menggambarkan gagalnya insitusi pendidikan serta insitusi kemasyarakatan.
"Bintulu tok, hasil cukainya melimpah ruah, ke sine duit ya mun sik dikembalikan kepada kesejahteraan penduduk?" Soal pengadu.
Skuad Aduan Pengguna PAS Bintulu menyeru satu tindakan drastik diambil bagi memperbaiki keadaan agar kita tidak bertindak hanya selepas berlakunya kemalangan terhadap anak-anak kita.
0 comments