Seringkali kemiskinan berkait rapat dengan kemalasan, namun secara realiti, terdapat banyak situasi seseorang yang terperangkap dengan kemiskinan terus terperangkap dalam perangkap kemiskinan.

Bersama Ketua Pemuda PAS Bintulu, Saudara Fiderus Husaini mengupas persoalan tersebut.

"Terdapat pelbagai faktor seseorang yang terperangkap dalam kemiskinan tidak mampu membebaskan diri, dan pada kesempatan kali ini, saya akan huraikan dua senario".

"Senario pertama, keperluan kewangan yang melebihi kemampuan secara berpanjangan yang berkaitan perubatan. Jika ahli keluarga memerlukan perbelanjaan yang besar dalam rawatan penyakit, ia boleh menyebabkan keluarga tersebut terperangkap dalam perangkap kemiskinan. Lebih-lebih lagi jika ketua keluarga sendiri yang mengidap penyakit tersebut".

"Senario kedua, cuba kita bayangkan, seorang wanita yang kematian suami, dalam keadaan beliau mempunyai anak-anak yang masih kecil. Jika dia pergi bekerja, tiada sesiapa yang akan menjaga bayinya dan jika dia menjaga bayinya, mereka pula akan terperangkap dalam perangkap kemiskinan".

"Maka bagaimana mereka yang terperangkap dalam perangkap kemiskinan tersebut, boleh membebaskan diri dari perangkap kemiskinan?"

"Saya mengajak para pembaca sekalian untuk merenung sekejap, apakah jalan penyelesaiannya?"

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, September 13, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi