12 Oct - Kebakaran yang memusnahkan kediaman penduduk di Sanyan Tatau, mendapat perhatian Pemuda PAS Bintulu dan Unit Amal Bintulu.

Bantuan kebajikan telah digerakkan bagi meringankan beban yang menimpa mangsa kebakaran yang telah memusnahkan keseluruhan kediaman mereka.

"Bantuan kecemasan (bomba) sangat jauh, andainya berlaku kemalangan, inilah hakikatnya kita disini", ulas Saudara Fiderus,  Ketua Pemuda PAS Bintulu yang mengetuai lombongan.

Beliau turut mengajak masyarakat perihatin bersama mengambil peduli keadaan masyarakat setempat "Meskipun kita dari parti politik, tapi kita menghulurkan bantuan tanpa mengira sempadan fahaman politik, anutan agama atau bangsa, kita juga turut menjemput siapa sahaja yang prihatin untuk bersama kita menghulurkan bantuan", tambah beliau lagi.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, October 15, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi