探访民都鲁城市华裔的投票者 (Ziarah Pengundi Cina di Bandar Bintulu)
Pada 25 Mac yang lepas, PAS Bintulu bersama-sama dengan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, En Hu Pang Chaw telah bertemu dan beramah mesra bersama pengundi Cina di Bandar Bintulu. Aktiviti ini turut disertai oleh calon Pakatan Rakyat (dari PKR), Hj Abdul Jalil Bin Bujang. Sambutan yang diterima dari masyarakat kaum Tionghua sangat memberangsangkan. PAS Bintulu mengharapkan sambutan dari masyarakat Cina ini dapat diterjemahkan di kertas undi pada 16 April ini sekaligus membantu kemenangan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan regim Taib Mahmud dan BN di Bintulu.
PAS Untuk Semua...
Ubah Sekarang... Selamatkan Malaysia...
0 comments