Pada 26 Mac yang lepas, PAS Kawasan Bintulu telah menerima jemputan bertandang ke rumah Tn Hj Kiprawi, Ketua PAS Cawangan Kidurong, Bintulu. Antara yang hadir ke majlis ringkas ini ialah YB Salahuddin Ayub, YB Khalil Idham Lim, Mr Hu Pang Chaw, Setiausaha Pas Kawasan Bintulu dan DMPKB, Ketua PAS Cawangan Kg Jepak dan pimpinan PAS Bintulu yang lain.
Sehubungan dengan itu, PAS Bintulu merafakkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Kiprawi dan keluarga di atas layanan kesediaan menerima kehadiran kami. PAS Bintulu berharap agar ukhuwwah yang terjalin ini dapat dieratkan lagi untuk kita sama-sama menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Bintulu ini, seterusnya membina Negara Berkebajikan yang diimpikan PAS dan Pakatan Rakyat.
0 comments