BINTULU, 13 Disember – Berkonsepkan semangat “PAS For All”, PAS Kawasan Bintulu dan PKR Kawasan Bintulu bersama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang di Labang. Seramai kira-kira 10 orang ahli PAS dan 5 orang ahli PKR mengikuti ekspedisi ini. Ekspedisi ini diketuai oleh Sdr Hafiz Rahman. Perjalanan mengambil masa satu jam melalui jalan darat dan setengah jam menggunakan jalan sungai.

Kebakaran tersebut telah melenyapkan 41 pintu rumah panjang di Labang, yang mana majoriti penghuni rumah panjang itu terdiri daripada kaum Iban. Menurut salah seorang penghuni rumah panjang tersebut, ketika kejadian tersebut berlaku, separuh daripada penghuni rumah panjang itu tiada di rumah masing-masing. Usaha memadamkan api juga agak sukar kerana sumber air yang agak jauh.

Dalam masa yang sama, pelbagai badan bukan kerajaan turut tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka. Tambahnya lagi, ada bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada mereka kerana mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan tersebut memandangkan mereka terpaksa mengambil sendiri bantuan itu dari tebing sungai yang terletak kira-kira setengah jam menggunakan jalan sungai ke rumah mereka.

Menurut Sdr Hafiz pula, pihak PAS Kawasan Bintulu akan terus menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah panjang tersebut memandangkan mereka terpaksa memulakan penghidupan baru.

Diharapkan ekspedisi ini menjadi pemangkin kepada penerusan aktiviti-aktiviti kebajikan di Bintulu ini.






Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, December 16, 2009

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. good job PAS Bintulu..kamek syg Bintulu

     
  3. Anonymous Says:
  4. kamek sayang bintulu juak

     
  5. Anonymous Says:
  6. Nice...i think the man in grey is the one receiving the donation, look at his cap, a BN cap; it might be the last, next it will be a PAS cap.

    Good job.

     
  7. Anonymous Says:
  8. haha..insyaAllah

     
  9. zul_neem Says:
  10. assalamualaikum

    Tahniah diucapkan kepada Pas kawasan Bintulu semoga usaha-usaha anta mendekatkan Pas dengan rakyat tempatan serta dapat menanam benih keislaman dibumi bertuah ini.Semoga anta sekelian mendapat rahmat dan keredaan disisi Allah swt

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi