
Menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, kelihatan pelbagai serangan peribadi yang muncul. Serangan bertali arus ini mendedahkan pelbagai salah laku/ maksiat yang jelas bertentangan dengan akhlak seorang Muslim. PAS Bintulu melihat perkara ini sebagai suatu penyakit yang membarah di dalam masyarakat.
Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa UMNO/BN adalah sarang kepada segala maksiat dan salah laku moral yang berlaku dalam masyarakat. Masakan tidak, segala yang didedahkan ada hubung kaitnya dengan UMNO/BN. Amatlah malang nasib rakyat yang berpemimpinkan golongan sebegini. Lebih malang lagi bilamana penyakit buruk pemimpin UMNO/BN ini turut menular di kalangan pengikut mereka dan rakyat yang dipimpin mereka. Sungguh keji perbuatan mereka ini.
Rakyat perlu sensitif dengan perkara ini. Adakah ingin kita biarkan UMNO/BN terus kekal di dalam maksiat? Mahukah kita lihat generasi yang terkemudian dari kita hilang nilai-nilai serta adab ketimuran mereka? Apalah erti pembangunan jika yang dibangunkan hanyalah nafsu semata-mata?
PAS Bintulu ingin mengajak rakyat Malaysia keseluruhannya agar dapat sama-sama kita membantu UMNO/BN. Bantuan bagaimana? Bantuan supaya menumbangkan UMNO/BN agar mereka tidak lagi kekal dalam kekuasaan yang membawa mereka ke jalan yang merosakkan.
Alhamdulillah, bagi yang telah bertaubat, mereka sedar bahawa UMNO/BN bukanlah tempat yang sesuai lagi bagi mereka. Mereka meninggalkan UMNO/BN.
Bagi yang masih tinggal di dalam UMNO/BN, PAS Bintulu menyeru supaya semua bertaubat dan menginsafi segala perbuatan keji yang telah dan sedang dilakukan. Lupakah bahawa hidup ini adalah tempat untuk beramal dan akhirat adalah tempat untuk menerima balasan?
0 comments