PAS Kawasan Bintulu mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) dengan selesainya Muktamar Tahunan kali ke-6 sayap PAS tersebut yang telah diadakan di Bintulu.


PAS Bintulu menyambut baik kesediaan DPPNS untuk bersama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu bagi menganjurkan muktamar yang telah dihadiri oleh perwakilan pemuda dari seluruh negeri Sarawak. PAS Bintulu melihat usaha Pemuda sebagai suatu usaha bersungguh yang wajar dicontohi oleh semua petugas parti.


"Pemuda telah menunjukkan satu contoh dan 'benchmark' yang tinggi kepada pihak kawasan dan negeri dalam memberi komitmen untuk kemajuan jamaah. Kita di peringkat kawasan sangat mengharapkan supaya Pemuda dapat menggerakkan sokongan golongan muda kepada PAS. Pendekatan "Orang Muda Geng Kita" dilihat mampu menarik minat golongan tersebut" ulas YDP PAS Kawasan Bintulu.


Antara lainnya, para perwakilan telah sebulat suara bersetuju dengan usul yang dibahaskan iaitu supaya Pemuda setiap kawasan menggerakkan seluruh kekuatan bagi membantu PR dalam pilihanraya Parlimen Sibu. Sibu bakal menjadi medan bagi Pemuda PAS Sarawak membuktikan bahawa pentarbiyahan yang dilalui akan dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang mantap dan tersusun di Sibu.


Posted by Abu Zaid on Sunday, May 2, 2010
categories: , edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi