PAS Kawasan Bintulu mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat atas penubuhan PR Bintulu. Penubuhan PR dilihat sebagai satu langkah yang tepat dan bijak dalam menghadapi senario politik setempat.

Pengumuman rasmi tentang penubuhan PR Bintulu telah dibuat oleh YB Chiew Chin Sing ketika Majlis Makan Malam anjuran PKR di Bintulu. Tutur hadir ketika majlis tersebut adalah Pengarah Strategik PKR Nasional, YB Tian Chua

YDP PAS Kawasan Bintulu ketika diminta mengulas menyatakan bahawa permuafakatan tersebut telah mula dirintis oleh PAS Bintulu ketika menganjurkan majlis tertutup bersama-sama dengan DAP dan PKR pada awal bulan April tahun ini. Ketika itulah PAS, DAP dan PKR untuk kali yang pertama duduk semeja bagi menjalinkan hubungan yang lebih baik sesama sendiri. Bertitik-tolak dari situlah permuafakatan itu telah membawa kepada penubuhan secara rasmi Pakatan Rakyat Bintulu yang turut disertai SNAP.

"PAS menyambut baik kesediaan DAP, PKR dan SNAP untuk secara rasminya bersama dalam satu pakatan bagi membela rakyat" tambah YDP PAS Bintulu.

PAS Bintulu berharap supaya sekretariat PR Bintulu akan mampu berperanan dengan berkesan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Posted by Abu Zaid on Sunday, May 2, 2010
categories: , edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi