PAS Bintulu telah bersama-sama dengan PKR hadir sebagai tetamu jemputan pada Mesyuarat Agung Tahunan DAP Cawangan Bintulu kali ke-31. Kehadiran tersebut adalah atas undangan pihak DAP Bintulu.
 
PAS Bintulu menghargai jemputan tersebut atas dasar permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Turut hadir adalah Pengerusi DAP Sarawak, YB Wong Ho Leng yang telah memenangi kerusi Parlimen Sibu dalam pilihanraya keci baru-baru ini serta YB Chiew.
 
 
Setiausaha PAS Bintulu, dalam ucapannya telah menekankan bahawa permuafakatan di dalam PR harus terus diperkukuhkan untuk menghadapi pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka berlaku dalam masa yang terdekat. Permuafakatan ini perlu dijelmakan dalam bentuk kerjasama bagi memastikan rakyat mendapat kesejahteraan hidup sebagai kesan daripada tindakan dan usaha PR.
 
YB Chiew, ADUN Kidurong yang juga Pengurusi DAP Bintulu adalah merupakan satu contoh wakil rakyat yang berjuang untuk rakyat. Beliau di dalam ucapannya telah menyebut bahawa kerusi DUN Kidurong yang disandangnya perlu dipertahankan malah dalam masa yang sama perlu berusaha keras bagi memastikan juga kemenangan calon PR di DUN Jepak dan Kemena.
 
YB Wong yang baru dipilih membawa suara rakyat Sibu ke Parlimen telah mengingatkan semua hadirin bahawa kemenangan beliau di Sibu bukanlah atas kekuatan DAP tetapi adalah atas kerjasama erat Pakatan. Oleh itu ujarnya, kerjasama tersebut perlu terus diusahakan agar kemenangan lebih banyak kerusi DUN dan Prlimen di Sarawak dapat dikecapi.

Posted by Abu Zaid on Monday, June 21, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi