PAS Bintulu menyelar sikap pemimpin kerajaan negeri Sarawak yang mengamalkan budaya mengugut rakyat. Rakyat sering diugut dan dipaksa untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat. Sikap yang jelas tidak bertamadun ini menunjukkan bahawa para pemimpin BN Sarawak tidak berfikiran terbuka malahan mahu menyekat kebebasan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.
 
Melalui laporan FMT, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Hubungan Masyarakat, Michael Manyin memberi amaran kepada para Ketua Kaum agar tidak menyokong pembangkang. Laporan tersebut menyebut bahawa Michael Manyin berkata:

"Race leaders (ketua kaum) are government agents who help in localised community development.

"We will terminate immediately the services of leaders who support the opposition in the coming state election because it is a serious breach of understanding and an act of defiance against the government,"

PAS Bintulu ingin mengingatkan Michael Manyin bahawa Ketua Kaum bukanlah semata-mata agen kerajaan seperti didakwa, tetapi adalah pemegang amanah untuk menjaga kebajikan kaum dan penduduk yang diketuai oleh mereka. Sikap memilikpartikan kerajaan adalah sikap yang telah diamalkan oleh BN sejak sekian lama hinggakan rakyat melihat bahawa kerajaan adalah BN dan BN adalah kerajaan.

Membohongi dan memperbodohkan rakyat sebegitu adalah salah satu cara yang digunakan BN untuk kekal berkuasa demi mengaut keuntungan peribadi. Pemimpin BN menanamkan di minda rakyat bahawa pembangkang adalah "kejahatan" dan kerajaan adalah "kebaikan". Maka menyokong pembangkang adalah menyokong "kejahatan" manakala menyokong kerajaan adalah menyokong "kebaikan". Ini dilakukan secara membuta-tuli tanpa dilandaskan kepada nilai-nilai moral dan kemanusiaan sejagat yang boleh diterima akal.

PAS Bintulu menyarankan kepada Ketua Kaum agar dapat memainkan peranan dengan bijak dan berkesan agar tidak tertipu dengan propaganda dan dakyah jahat BN.

Contoh mudah adalah langkah kerajaan memberikan lesen judi sukan kepada satu syarikat baru-baru ini. Secara moralnya, dunia bersetuju bahawa judi bukanlah perkara yang membawa kebaikan mutlak malahan banyak membawa kepada kerosakan dalam masyarakat. Dalam hal ini, adakah jika Ketua Kaum membantah tindakan kerajaan memberi lesen judi merupakan satu kesalahan dan dilihat sebagai menyokong pembangkang? Sedangkan Ketua Kaum menyedari akibat buruk yang boleh disebabkan oleh judi kepada kaum yang diketuainya dan atas dasar itulah Ketua Kaum perlu membantah pemberian lesen judi tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan kerajaan.

Ketua Kaum perlu berpendirian tegas menegakkan kebenaran dalam semua keadaan. Jika tindakan dan polisi kerajaan menindas dan merugikan rakyat, maka perkara tersebut perlu dibantah dan disuarakan. Sebaliknya jika tindakan dan polisi kerajaan menguntungkan dan memberi kebaikan kepada rakyat, maka sokongan perlu diberikan. Itulah sikap profesional seorang pemimpin yang sangat jarang didapati dikalangan pemimpin BN.

PAS Bintulu memberi amaran kepada BN agar tidak terus mengugut dan meperbodohkan rakyat. PAS bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat bertekad akan terus memberi penerangan dan pendidikan kepada rakyat Sarawak agar rakyat sedar akan kejahatan dan sikap mementingkan diri pemimpin BN dan seterusnya menolak BN dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang.

 

Posted by Abu Zaid on Thursday, July 1, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi