1432 tahun kita telah melangkah meniggalkan peristiwa hijrah, suatu peristiwa yang telah memberi makna yang sangat besar dalam perkembangan Islam. Namun apakah kita semakin mendekati Islam atau sebaliknya?
Dari sudut pandang manakah kita lihat peristiwa hijrah ini? Apakah hijrah bermakna cuti umum? Atau hijrah dilihat sebagai kemuncak kemenangan? Jika dilihat sebagai kemuncak kemenangan, ia seperti dongeng "Cindralela" atau "Beauty and The Beast" atau lain-lain kisah dongeng dimana diakhir perjuangan, kejayaan dicapai, lantas hiduplah si hero dan heroin bahagia "selama-lamanya"? Lantaran sudut pandang inilah peristiwa hijrah dilihat sebagai kemuncak perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, dan hiduplah mereka bahagia akhirnya.
Sedangkan sebenarnya, peristiwa hijrah adalah terhentinya lembaran Islam tanpa kerajaan dan bermulanya sebuah lembaran baru, Islam memiliki kerajaan. Cuba kita kenang kembali peristiwa Yasir dan Sumayyah syahid dibunuh sewaktu Islam tidak dikurniakan kerajaan, apa riaksi Rasulullah s.a.w? Rasulullah berpesan "Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya syurga untuk kalian". Kafir Qurasy melakukan apa sahaja terhadap umat Islam, bahkan sebahagian besar syariat Islam tidak dilaksanakan ketika itu.
Sedangkan bermulanya peristiwa Hijrah, maka bermulanya Islam dikurniakan dengan kerajaan, melalui itulah syariat Islam ditegakkan, samaada muamalat (sosial), ekonomi, pendidikan, pentadbiran (politik), munakahat dan lain-lain. Dalam menjulang Islam ditempat yang tertinggi adapula ujian dari serangan kafir harbi dan puak munafiq. Terdapat pula permuafakatan dengan kafir zimmi sehingakan Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi, sesungguhnya dia menyakitiku".
Lantas, apakah peristiwa hijrah perlu dibiarkan pergi bersama dengan satu hari cuti umum, atau dengan semangat dan kefahaman hijrah, "Kerajaan Islam Perlu Ditegakkan dan Syariatnya Perlu Dijulang".
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432
0 comments