Bersempena dengan cuti perayaan Maal Hijrah 1432, PAS Bintulu telah menganjurkan program PAS Dekat Di Hati. Program yang bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan PAS itu telah berjaya menarik lebih 100 pengunjung ke Markas PAS Jepak.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna dan Sukaneka untuk kanak-kanak serta permeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk yang hadir. Para penduduk sangat menghargai usaha PAS yang memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk sekitar Kg.Jepak.

PAS Bintulu sangat berharap agar penduduk terus bersama-sama dengan PAS dalam usaha untuk menyuburkan semangat hidup bermasyarakat dan saling bantu-membantu. Nilai-nilai murni sebegini semakin terhakis dari masyarakat yang dipaksa hidup dalam keadaan yang sukar oleh BN. Terbaru, kenaikan harga petrol dan gula jelas menyusahkan rakyat.

Posted by Abu Zaid on Monday, December 6, 2010

2 comments

  1. joni Says:
  2. Tahniah!!Kedak tuklah yang kamek nak tengok. Updating malar dibuat. Sik pun tiap hari. Sebulan sekalipun cukup. Kurang dari ya lagi bagus. Salam Maal Hijrah buat orang dan penyokong PAS Bintulu.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tahniah PAS Bintulu!

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi