Kg Masjid, Bintulu, 19hb Dis: Petugas-petugas PAS Bintulu sekali lagi turun padang berziarah menemui penduduk Kg Masjid hari ini. Berbekalkan sedikit buah tangan, petugas-petugas telah beramah-mesra dengan para pengundi sambil bertanyakan permasalahan penduduk kampung.
Sebanyak 10 buah rumah telah diziarahi dan pelbagai isu-isu rakyat telah dikongsikan khususnya dari aspek bantuan kebajikan dan pendidikan anak-anak yang tidak mendapat perhatian BN di sini. Persekitaran kampung yang serba kekurangan juga telah diadukan kepada PAS Bintulu.
Keluarga-keluarga yang diziarahi kali ini juga kebanyakannya bersaudara dengan mangsa-mangsa kebakaran tempohari. Mereka telah memberi respon tentang sikap kurang peduli YB Talib Zulpilip yang tidak turun padang membantu mangsa ketika kejadian, tidak seperti ADUN Kidurong, YB Chiew Chin Sing yang proaktif membantu mangsa di samping Unit Amal PAS Bintulu.
PAS Bintulu akan terus menggerakkan usaha ziarah rumah ke rumah dengan lebih giat dalam mendalami permasalahan penduduk DUN Jepak dan membantu mereka mendapatkan pembelaan sebaiknya dari pihak berwajib.
PAS For All!
0 comments