Bintulu, 18hb Dis: Seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Bintulu telah bertemu untuk kali ke-2 untuk Mesyuarat Penyelarasan Pakatan Rakyat Bintulu di Markas PAS Kg Jepak pada hari ini. Mesyuarat susulan selepas yang pertama di Pejabat DAP Bintulu pada bulan Ogos lepas telah dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Bintulu, Ustaz Huzaifah Zainun dan telah dihadiri kira-kira 10 orang pimpinan akar-umbi Pakatan Rakyat di sini.

Mesyuarat kali ini dimulakan dengan laporan rangkuman aktiviti PAS di DUN Jepak, DAP di DUN Kidurong dan PKR di DUN Kemena sepanjang 4 bulan lepas. Melihat kepada keaktifan gerak kerja setiap parti PR, sememangnya aktivis Pakatan Rakyat Bintulu sudah berada di gear 4 - 5 dalam usaha menambahkan sokongan pengundi di DUN-DUN sasaran ini.

Pertemuan kali ini juga telah bersetuju untuk meningkatkan lagi gerak kerja bersama di kalangan parti-parti PR di Bintulu khususnya dalam gerak kerja ziarah rumah ke rumah yang sedang giat digemblengkan di peringkat akar-umbi. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan perkongsian pintar bahan-bahan penerangan isu-isu rakyat yang akan menjadi senjata ampuh membongkar segala penyelewengan dan kezaliman BN di Sarawak yang dikepalai oleh 'Thief-Minister' Taib Mahmud.

Mesyuarat diakhiri dengan jamuan ringkas dan bual-mesra sesama aktivis PR. Semoga kerjasama jitu Pakatan Rakyat akan terus subur dalam membela nasib rakyat Sarawak.

Hidup Pakatan, Hidup Rakyat!

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, December 18, 2010
categories: edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Cayalah PR Bintulu!

     
  3. Anonymous Says:
  4. Caya apa?

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi