Bintulu, 19hb Dis: PAS Bintulu sekali lagi membuktikan keprihatinan dengan menziarahi keluarga ibu tunggal mualaf, Pn Siti Rosmawati Abdullah yang telah dipaparkan dalam Borneo Post Jumaat lepas. Aktivis Pemuda dan Muslimat PAS Bintulu telah melawat keluarga miskin ini di rumah mereka di Bandar Bintulu petang tadi.

Keluarga enam beranak ini telah mendapat bantuan keperluan dapur dan sedikit wang tunai melalui Tabung Kebajikan PAS Bintulu dan juga hasil derma kilat ahli-ahli PAS di sini. Pn Siti Rosmawati bekerja sebagai seorang pembantu kebersihan di sebuah sekolah dekat sini.

Menurut Pn Siti, PAS adalah organisasi politik pertama yang menghulurkan bantuan kepada keluarga beliau setakat ini setelah Tabung Baitulmal Sarawak yang telah menyalurkan bantuan persekolahan anak-anak beliau Jumaat lepas. Dalam kesempatan yang sama, anak-anak Pn Siti telah didaftarkan untuk menjadi peserta Program PAS Back To School yang bakal dijalankan tidak lama lagi untuk melengkapkan keperluan sekolah enam orang anak Pn Siti. Bantuan untuk mendapatkan rumah sewa yang baru juga amat diperlukan oleh keluarga miskin ini setelah mereka dikehendaki berpindah keluar sebelum Sabtu depan.

Bagi mereka yang ingin membantu Pn Siti, anda dialu-alukan untuk menghubungi Ketua Unit Kebajikan MTD PAS Bintulu, Pn Hafsah di talian 019-980 5803

PAS juara rakyat!

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, December 19, 2010
categories: edit post

1 Responses to PAS Bintulu proaktif bantu ibu tunggal mualaf

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah. Masih ramai keluarga sebegini yang perlu pembelaan. NGO islam lain perlu memberi perhatian berat.JAIS harus proaktif bukan sehingga khbar seperti Borneo Post beri laputan baru tersedar. Adalah memalukan umat islam diBintulu apabila kes seperti ini berlaku.

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi