Kg Jepak, 24hb Dis: Hari ini, PAS Kawasan Bintulu telah menjalankan satu kunjungan mesra ke sebuah rumah panjang di DUN Jepak, Rumah Dunggat AK Gani lebih kurang 8km dari Kg Jepak dekat sini.
Lawatan mesra yang diketuai oleh Timb. Pengarah MTD PAS Bintulu ini julung-julung kalinya diadakan di kawasan DUN Jepak telah disertai oleh seramai 5 orang pimpinan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Bintulu. Pelbagai isu dikongsikan kepada rombongan PAS ini seperti isu bekalan air bersih dan tanah NCR.
Setelah beramah-mesra dengan Tuai Rumah dan penghuni-penghuni rumah panjang yang lain, rombongan PAS Bintulu telah berkesempatan melawat Pusat Sumber Komuniti di sana. Pusat sumber ini jelas memerlukan bantuan dalam melengkapkannya dengan buku-buku yang berfaedah untuk pendidikan anak-anak di rumah panjang ini.
PAS Bintulu mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Rumah Dunggat menerima kunjungan kami pada kali ini.
PAS For All!
Kecian Tuai Rumah Dunggat!!!For sure Talib mengamuk. Pandi tak buat Pelan B ke? Awang Merais tak boleh di harap lagi. Sudin macam mana? Takkan Pemuda PBB wait and See aje !! High timelah PBB pasang gear tiga. Ini belum DAP lagi buat gerakan. Kalau Dato Tiong tentu dah turun padang. Khabarnya Dato Tiong tak mau lagi campur tangan dalam urusan Jepak. Talib dah belasah dia dulu di Mertabat, Tiong dah serik.
Tahniah PAS Bintulu..teruskan fokus kepada berkhidmat kepada rakyat!
cool